Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nyaris hilang rumah akibat tanah runtuh di Taman Melawati

AMPANG, 31 Mac : Empat sekeluarga di Kampung Warisan,Taman Melawati,dekat sini berdepan detik cemas apabila berlaku kejadian tanah runtuh di belakang rumah mereka dalam kejadian petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.29 petang memaklumkan sisa tanah runtuh terkena bahagian kaki lima belakang rumah berkenaan.

Katanya, berdasarkan laporan jurutera Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), kejadian tanah runtuh itu berpunca daripada kerja baik pulih jalan menuju ke Klang Gate yang sedang dilakukan.

“Hujan yang terlalu lebat menyebabkan air hujan membawa sisa pembinaan tersebut sehingga melimpah ke belakang rumah,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sebagai langkah keselamatan, Mohamad Farouk memberitahu, keluarga itu telah berpindah buat sementara waktu manakala MPAJ akan meneruskan pemantauan.

Sementara itu, beliau memberitahu, beberapa kediaman di Bukit Antarabangsa kini terjejas akibat dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat petang semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan