Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kepentingan jaringan telekomunikasi setaraf kemudahan asas – Abang Johari

ByDouglas Elliot

KUCHING, 31 Mac : Kemudahan jaringan perkhidmatan telekomunikasi dilihat amat penting serta setaraf dengan kemudahan asas lain seperti bekalan air dan elektrik.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kemudahan berkenaan juga merupakan antara teras penting bagi Sarawak mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Tanpa bekalan air dan elektrik, kemudahan pusat data tidak dapat berfungsi sedangkan data merupakan asas kepada transformasi sektor ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Utiliti dan Telekomunikasi (SUTC) 2022 di sini hari ini.

Menurut Abang Johari, kemudahan berkenaan juga akan menjadi pemangkin bagi mentransformasikan kawasan bandar dan luar bandar ke arah digitalisasi.

“Peranan telekomunikasi juga diberi perhatian apabila Kerajaan Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) menubuhkan Kementerian Utili dan Telekomunikasi selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 , hujung tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, jaringan utili dan telekomunikasi di Sarawak kian meningkat sejajar dengan sasaran kerajaan negeri.

Katanya, liputan jaringan 4G di kawasan berpenduduk padat adalah sekitar 38.6 peratus pada 2016 dan melonjak kepada 82.86 peratus pada 2021.

“Sasaran tahun ini adalah untuk mencapai liputan sebanyak 93.6 peratus,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan