Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berkuat kuasa 4 Julai, warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri pas pengembara dalam aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. --foto Bernama

Fasa peralihan endemik, orang ramai diingatkan tidak lalai

KUALA LUMPUR, 31 Mac : Orang ramai diingatkan untuk tidak lalai dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara bakal memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula esok.

Menteri Kesihatan , Khairy Jamaluddin berkata dalam fasa itu, orang ramai masih perlu terus memakai pelitup muka serta mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek – Uji, Lapor, Asing, Maklum, Dapatkan Rawatan) untuk mencegah dan mengawal penularan COVID-19. 

Beliau berkata bagi memastikan mereka dan anak-anak dilindungi, pengambilan vaksin COVID-19 adalah digalakkan.

“Esok kita masuk fasa peralihan ke endemik. Gelombang Omicron terkawal. Angka Rt negara 0.88. Sistem kesihatan awam cukup kapasiti. But let’s not let our guard down (Tapi jangan biarkan kawalan kita lemah,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob awal bulan ini mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April (Jumaat). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan