Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Restoran sajian itik punca Pavilion terbakar
Restoran sajian itik punca Pavilion terbakar

Restoran sajian itik punca kebakaran di Pavilion – Bomba KL

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 30 Mac : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan kebakaran di pusat beli belah terkemuka di ibu negara, Pavilion petang tadi berpunca daripada sebuah restoran yang menyajikan hidangan itik dalam gedung berkenaan.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd. Rozi Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 2.12 petang.

“Pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dengan bantuan BBP Jalan Tun Razak bersama 11 orang anggota digerakkan ke lokasi untuk memadam kebakaran,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Video kebakaran itu yang menunjukkan asap tebal ‘keluar’ daripada pusat beli – belah berkenaan yang terletak di Bukit Bintang turut tular di media sosial.

Sementara itu, Mohd Rozi memberitahu, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati kebakaran itu padam dengan sendiri kerana lima sistem semburan air automatik telah pecah disebabkan bahang yang terhasil.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,”katanya.

Sementara itu, Pengurusan Pavilion Kuala Lumpur menerusi kenyataan media memaklumkan kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan pusat membeli belah itu beroperasi seperti biasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan