Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Raja Permaisuri Agong berangkat pulang ke Pahang

RABU, 30 Mac : Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar hari ini berangkat pulang ke Pahang selepas dua hari lawatan rasmi ke Sarawak.

Keberangkatan tiba baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 8:55 pagi disambut oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Turut menyambut ketibaan baginda ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Undang – undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri – Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Sepanjang lawatan kerja Raja Permaisuri Agong di Kuching, baginda telah berkenan melawat dan merasmikan Galeri Songket dan Keringkam serta berkenan menghadiri majlis santapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bersama tetamu-tetamu kenamaan negeri.

Pada Selasa, Raja Permaisuri Agong turut berkenan melawat Muzium Budaya Borneo dan Kompleks Penjara Puncak Borneo. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan