Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
33 ekor penyu dilepaskan setelah diselamatkan daripada pemburu haram

Polis marin tahan lelaki, rampas organ penyu di Semporna

SEMPORNA, 30 Mac : Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki serta merampas pelbagai organ penyu yang sudah dipotong-potong di dalam ruangan sebuah perahu di Kampung Bangau-Bangau di sini semalam. 

Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna DSP Mohamad Ismail berkata pihaknya ke lokasi kejadian pada 10 pagi dan menghampiri sebuah perahu yang berikat di tiang sebuah rumah sebelum menemukan suspek berumur 31 tahun dalam keadaan mencurigakan. 

“Kemudian, pemeriksaan ke dalam ruangan perahu menemukan 25 keping sisik marginal penyu (RM3,500), 13 keping plastron (kulit bahagian dada) penyu (RM13,000) dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melapah penyu antaranya pisau, kapak serta tukul,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohamad berkata suspek dan rampasan peralatan serta perahu dibawa ke Pangkalan PPM Semporna dan kes itu dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar (EPHL) 1997. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan