Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri minta penjelasan UiTM isu pensyarah hina pelajar tidak miliki komputer
Menteri minta penjelasan UiTM isu pensyarah herdik pelajar tidak miliki komputer

Menteri minta penjelasan UiTM isu pensyarah herdik pelajar tidak miliki komputer

KUCHING, 30 Mac : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah meminta penjelasan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung klip video tular membabitkan pensyarah di universiti itu yang mengherdik seorang pelajarnya kerana tidak memiliki komputer.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, beliau mengambil maklum isu berkenaan.

“Saya telah berhubung dengan pihak UiTM untuk meminta penjelasan mereka,”katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Menerusi klip video berdurasi satu minit 45 saat yang tular sejak malam tadi, seorang penyarah wanita berjawatan Profesor Madya dilihat mengherdik seorang pelajar lelakinya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

Ahli akademik itu kelihatan berang apabila pelajar itu memberitahu tidak memiliki set komputer dan mengikuti pembelajaran menggunakan telefon bimbit.

Pensyarah berkenaan seterusnya bertanya tentang pekerjaan ibu bapa pelajar berkenaan dan dimaklumkan bahawa ayahnya tidak bekerja manakala ibunya sudah meninggal dunia.

” Kamu ada adik beradik? Kau cakap dengan kakak kau, ada gelang emas, jual dan beli komputer,” kata pensyarah berkenaan seperti dipetik daripada video yang tular itu.

Pensyarah itu kemudian meneruskan amarahnya dengan berkata, punca pelajar berkenaan tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik ialah kerana dia tidak memiliki komputer.

“Hanya RM800, apa masalah. Pasal itu aku tidak boleh duduk dengan B40 yang lebih fikir pasal lain berbanding pelajaran,”katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd. Janor berkata, tindakan akan dikenakan terhadap pensyarah berkenaan.

Katanya, pihak universiti juga tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM.

“UiTM amat mengutamakan kebajikan seluruh warganya, khususnya pelajar dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi persekitaran pendidikan yang kondusif malah kewujudan universiti ini adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti terutamanya golongan B40,” katanya menerusi kenyataan media.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan