Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak serahkan RM210 juta BKSS kepada 46,400 usahawan dan PKS

ByKhairil Zharif Affindie

SERIAN , 30 Mac : Kerajaan Sarawak telah menyerahkan bantuan kewangan keseluruhan berjumlah RM210 juta menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKKS) kepada usahawan di negeri ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, seramai 46,400 usahawan termasuk vendor dan peniaga kecil menerima manfaat di bawah inisiatif berkenaan.

Katanya, antara bantuan berkenaan termasuklah Skim Industri Kecil dan Sederhana dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM31.08 juta kepada seramai 417 usahawan bumiputera.

“Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) pula dengan peruntukan sebanyak RM49.5 juta kepada 1,689 usahawan B40, mikro dan kecil serta Program Siswazah Usahawan (GERAK).

“Program Usahawan Teknikal Dan Vokasional (USTEV) telah membantu 857 penerima menerusi dana sebanyak RM7.8 juta,” katanya.

Teks ucapan Awang Tengah dibacakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak, Datuk Malcom Mussen Lamoh di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, PKS ketika ini mewakili 98.5 peratus daripada komuniti perniagaan di Sarawak sekaligus menjadikannya sebagai nadi pertumbuhan ekonomi yang penting.

“Sehubungan itu, untuk terus membantu PKS tempatan yang terkesan dari segi aliran tunai akibat pandemik COVID-19, Kerajaan Sarawak turut menyediakan pelbagai inisiatif termasuk subsidi dan sebagainya,”katanya.

Beliau memberitahu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak juga telah meluluskan lapan subsidi berjumlah RM77 juta sehingga 31 Januari 2022 bagi pelaksanaan inisiatif tersebut.

“Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 3,346 PKS di Sarawak,” katanya lagi.

Setakat Mac tahun ini pula, seramai 38,570 penjaja dan peniaga kecil di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dibantu melibatkan nilai bantuan RM38.57 juta di bawah BKSS 8.0. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan