Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan rancang bina laluan alternatif Sare Kerubong

Jalan baharu Sare ke Kerubong akan dibina

SARIKEI, 30 Mac : Kerajaan Sarawak merancang untuk membina satu lagi laluan baharu bagi menghubungkan Sare dengan Kerubong.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek itu membabitkan jalan raya sepanjang tujuh kilometer (km).

Katanya, pembinaan berkenaan bakal menjadikan jalan itu sebagai laluan kedua bagi penduduk Sare untuk ke Selalang, Kabong, Sessang, Nyabor dan Gerigat.

“Kemudahan yang bakal dibina ini akan dapat menjimatkan masa perjalanan serta memudahkan penduduk untuk membawa keluar hasil pertanian,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau berkata, projek yang dijangka menelan kos sebanyak RM50 juta itu merupakan strategi jangka panjang kerajaan untuk melonjakkan pembangunan di luar bandar.

Katanya, projek itu juga membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Sehubungan itu, sokongan padu rakyat amat penting bagi membolehkan perancangan ini dapat direalisasikan,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan