Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19
Marion Biotech iaitu syarikat farmaseutikal di India memaklumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran ubat batuk susulan kematian 18 kanak-kanak di Uzbekistan.

COVID-19 : Tiga daerah catat sifar kes baharu

KUCHING, 30 Mac : Tiga daerah di Sarawak iaitu Pakan, Song dan Bukit Mabong merekodkan sifar jangkitan baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, tiga lagi daerah iaitu Telang Usan, Sebauh dan Belaga pula masing – masing merekodkan satu kes.

“Kuching masih mencatatkan kes tertinggi apabila sebanyak 309 kes baharu dikesan,”jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu kes baharu yang dilaporkan pula sebanyak 974 sekaligus menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 297 702 sejak dilanda pandemik.

Pada masa sama, JPBN turut mengesahkan tiga kematian baharu membabitkan seorang lelaki berusia 53 tahun yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada Sabtu lepas.

“Kematian kedua pula melibatkan seorang lelaki berusia 67 tahun di Samarahan yang mempunyai sejarah penyakit jantung pada Ahad lepas,”jelas kenyataan itu.

Satu lagi kematian pada Ahad lepas membabitkan seorang wanita berusia 73 tahun di Sibu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan