Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pegawai masjid, penceramah dikecualikan memakai pelitup muka

KUCHING, 29 Mac : Pegawai masjid yang bertugas ketika melaungkan azan dan mengimamkan solat dikecualikan daripada pemakaian pelitup muka.

Majlis Islam Sarawak (MIS) telah mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada rakyat Sarawak pada Isnin lepas yang mana pegawai khatib berkhutbah, penceramah yang menyampaikan kuliah atau forum di masjid dan surau juga turut dikecualikan.

Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka untuk mana-mana individu yang datang di kawasan masjid dan surau adalah diwajibkan.

MIS menerusi kenyataannya terdahulu telah membenarkan umat Islam menunaikan solat Jumaat, solat fardhu, solat sunat, khutbah dan wirid selepas solat di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini.

Ia merupakan antara SOP yang perlu dipatuhi selaras dengan situasi semasa wabak COVID-19 di bawah fasa peralihan ke endemik COVID-19 seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas.

“Mana-mana individu yang masih dalam tempoh notis kuarantin COVID-19 atau mempunyai gejala demam, selsema, batuk atau sesak nafas adalah dilarang untuk menghadiri solat dan semua aktiviti lain di masjid dan surau,”

Menurut kenyataan itu lagi SOP tersebut turut menggariskan semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti pengajian kuliah, ceramah, kursus seperti pengajian, bengkel, tadarus, tahlil, berbuka puasa, moreh, qiamullail, sahur, iktikaf, khatam Al-Quran dan lain-lain adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal.

Sementara itu, aktiviti lain yang dibenarkan tetapi masih memerlukan penjarakan fizikal adalah seperti penganjuran aktiviti sosial di masjid dan surau dan aktiviti pengurusan jenazah yang tiada kaitan dengan COVID-19.-TVS

Tags: #bm, sop

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan