Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Malaysian Conservation Conference 2022 di Kuching, menghimpunkan pakar dan saintis

ByFebbright James

KUCHING, 29 Mac : Isu pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar terus diberi penekanan menerusi Malaysian Conservation Conference (MCC) 2022 yang dianjurkan buat julung kalinya di Sarawak.

Persidangan dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Hotel Imperial, Kuching hari ini.

MCC 2022 dianjur oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan), Taman-Taman Sabah Dan Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton, dengan bertemakan “New Frontier in Conservation: Past, Present and Future” persidangan bertujuan untuk mendapatkan pandangan pakar dalam pelbagai bidang berkaitan isu-isu alam sekitar.

“MCC ini memberikan peluang yang luas dan terbuka untuk kita mendalami isu-isu utama yang melibatkan pemuliharaan dan pada masa yang sama, kumpulan “pemikir” ini akan mencari jalan penyelesaian untuk mendepani isu dan cabaran yang membelenggu alam sekitar kita pada hari ini.

“Pembentangan akhir hasil persidangan ini akan dikongsi kepada pihak pembuat dasar untuk tujuan penambahbaikan dan seterusnya mengaplikasikan amalan terbaik bagi memacu hala-tuju kita seterusnya dalam pemuliharaan,” katanya.

Seramai 300 perwakilan dalam pelbagai bidang dari dalam dan luar negara hadir ke persidangan ini dan mereka terdiri daripada pakar dan saintis yang terlibat dalam bidang pemuliharaan, badan penguatkuasaan hidupan liar, pengurus-pengurus taman serta ahli akademik.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan