Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jumlah penyulam, penenun memberangsangkan di Sarawak

KUCHING, 29 Mac : Jumlah penyulam dan juga penenun di Sarawak kian memberangsangkan dan semakin meningkat.

Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan, Datu Dr Sabariah Putit, untuk rekod Sarawak buat masa ini mempunyai seramai 120 orang penenun songket dan 246 penyulam keringkam.

“Seramai 37 penenun songket adalah dari Kuching, Gedong, Rajang, Kota Sentosa, Limbang dan Lawas, bagi 38 penenun adalah penghuni Penjara Puncak Borneo manakala 45 penenun terdiri daripada graduan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS),”

“Daripada 246 penyulam keringkam pula mereka terdiri daripada 32 penyulam dari Kuching dan Padawan manakala 214 orang merupakan graduan CENTEXS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Galeri Songket dan Keringkam sempena lawatan rasmi tiga hari Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Sarawak.

Terdahulu keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong di lapangan terbang antarabangsa Kuching pada sekitar 12 tengahari disambut isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tunku Bujang.

Sepanjang lawatan rasmi di Kuching, Raja Permaisuri Agong turut dijadualkan untuk menghadiri majlis perasmian Pusat Vokasional Industri (PVI) Songket Sarapride pada jam 10 pagi Selasa di Kompleks Penjara Puncak Borneo.

Raja Permaisuri Agong juga dijadual berangkat pulang ke ibu negara pada Rabu, 30 Mac 2022.-TVS

Tags: #bm, penenun

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan