Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penolong jurutera di sebuah jabatan kerajaan di Limbang mengaku bersalah dan didenda RM25,000 atau 10 bulan penjara oleh Mahkamah Khas Rasuah hari ini atas dua pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan pada 2018.

Gagal lapor suapan, pembantu penguat kuasa KPDNHEP didenda RM2,000

ByBernama

JOHOR BAHRU, 29 Mac : Seorang pembantu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana gagal melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung suapan wang berjumlah RM700 yang diberikan kepadanya, tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Basri Bonari, 43, yang berkhidmat di KPDNHEP Cawangan Muar, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan sebaik kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada tiga anak itu menjalani hukuman penjara satu bulan, sekiranya dia gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut.

Muhamad Basri didakwa sebagai penjawat awam Gred KP19 telah diberikan wang suapan oleh Phang Min Lee, 35, berjumlah RM700 agar tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Syarikat Khaw Tai Trading Sdn Bhd di kawasan stor syarikat berkenaan di Muar, pada 4.55 petang, 10 Mei 2021.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Raya SPRM Ikhwan Ihsan Jalaludin memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat memandangkan tindakannya boleh menjejaskan reputasi penjawat awam khususnya KPDNHEP.

Bagaimanapun, peguam Tan Song Yan yang mewakili Muhamad Basri merayu kepada mahkamah untuk tidak mengenakan hukuman penjara sebaliknya hukuman denda rendah atas alasan anak guamnya telah insaf, mengalami masalah jantung selain kini sedang menanggung isteri, tiga anak, ibu dan bapa serta ibu mentua. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-
ByBernama-
ByBernama-