Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Enggan terima dos penggalak, sijil vaksinasi di MySejahtera hilang, mesej palsu – KKM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Mac : Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kesahihan mesej tular yang mendakwa sijil vaksinasi akan dihilangkan pada aplikasi MySejahtera bagi individu yang enggan menerima dos penggalak.

KKM menjelaskan status vaksinasi bagi semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas  serta penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun dan ke atas yang masing-masing masih belum menerima dos penggalak setelah layak, hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap dan bukan dihilangkan seperti didakwa.

Orang ramai disaran agar tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam masyarakat, sebaliknya merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan