Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Enam juta hektar tanah di Sarawak sebagai hutan kekal – Premier

ByFebbright James

KUCHING, 29 Mac: Sarawak komited terhadap proses pemuliharaan dan pengurusan sumber alam semula jadi.

Ini kerana kawasan hutan Sarawak adalah salah satu penyerap karbon utama dan kawasan panas biodiversiti di Malaysia.

Justeru tegas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, adalah amat penting bagi negeri ini menyokong komitmen Malaysia untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan hutan negara dilindungi.

“Ingin saya tekankan disini bahawa Sarawak komited ke arah pemuliharaan dengan memperuntukkan enam juta hektar tanah sebagai hutan kekal dan sejuta hektar sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA).

“Oleh itu, dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), Kelestarian Alam Sekitar dimasukkan sebagai salah satu daripada tiga tonggak utama yang selaras dengan visi, strategi, inisiatif, projek dan dasar negeri yang akan memacu Sarawak ke arah matlamat 2030 dalam memastikan persekitaran yang sihat dan bersih serta penggunaan teknologi dan inovasi baharu,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Pemuliharaan Malaysia Pertama 2022 anjuran Sarawak Forestry Corporation (SFC) di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datu Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Ato.

Tambahnya lagi, Kongres Pemuliharaan Malaysia 2022 yang bertemakan  ‘New Frontier in Conservation: Past, Present and Future,’ diadakan buat julung kalinya bertepatan dengan komitmen Sarawak dalam memastikan kelestarian alam sekitar terjamin.

Beliau berkata, berdasarkan Laporan Penilaian Global 2019 mengenai Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem adalah peringatan untuk setiap individu agar memastikan alam sekitar dijaga untuk generasi akan datang.

Laporan tersebut meyebutkan kepelbagaian spesies dan ekosistem di dunia mengalami kemerosotan yang pesat, selain 25 peratus flora dan fauna menghadapi kepupusan.

Justeru jelasnyaSarawak harus memainkan peranan yang penting untuk membantu mengurangkan kerosakan ekosistem, kepupusan dan perubahan iklim memandangkan Sarawak mempunyai keluasan hutan yang besar.

“Salah satu dari usaha kerajaan adalah membangunkan Rangka Tindakan Lestari Sarawak (Sustainable Sarawak Blueprint) untuk membimbing semua agensi kerajaan, perniagaan dan komuniti dalam mencapai matlamat kemampanan yang diingini.

“Pelan tindakan itu akan menangani kebimbangan berkaitan pemuliharaan biodiversiti dan pengurusan sumber asli serta pengurangan dan penyesuaian perubahan iklim,” jelasnya.

Selain itu Abang Johari turut memaklumkan berkenaan projek pembangunan yang bakal dibangunkan selepas ini.

“Sarawak juga akan membangunkan Pelan Induk Bandar Pintar yang akan mempertimbangkan kelestarian alam sekitar yang berkaitan dengan pembandaran.

“Malah, Pelan Induk Bandar Pintar Kuching telah dibangunkan dengan mobiliti rendah karbon dan infrastruktur bandar pintar sedang dipertimbangkan untuk bandar utama lain,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan