Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Enam jam padam kebakaran, 10 buah rumah teres hangus di Bintulu

BINTULU, 29 Mac : Sekurang-kurangnya 32 penghuni hilang tempat berteduh selepas 10 buah rumah teres didiami mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Awang Dulla di Bintulu pada malam Isnin.

Lapan daripadanya terbakar 100 peratus manakala dua buah rumah mengalami kerosakan 50 peratus dan tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran yang d‎ilaporkan berlaku sejak pukul 11.23 malam itu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba 1, Christus Buson berkata, pasukan BBP Bintulu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 Kilometer dari balai.

“Operasi semalam merupakan operasi yang agak mencabar apabila kami terpaksa berhempas pulas selama lebih kurang enam jam di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Pihaknya dengan kekuatan 19 anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 11.23 malam.

Katanya, setibanya di lokasi 11 minit kemudian, didapati kebakaran telah memusnahkan rumah pertama bernombor 49 dan 51 di bahagian tengah deretan 10 buah rumah teres terbabit.

“Kami juga berdepan dengan kesukaran ketika menjalankan pemadaman kerana terpaksa berhati-hati pada peringkat awal memandangkan arus elektrik didapati masih aktif dan tekanan air agak rendah selain keadaan cuaca berangin,.

“Selain itu ketiadaan dinding pemisah atau ‘party wall’ antara setiap rumah menyebabkan api merebak dengan pantas.” katanya.

Jelasnya, kebakaran tersebut dipercayai bermula daripada rumah No. 51 sebelum api merebak dari arah kiri dan kanan.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.47 pagi dan pihaknya berjaya menggelakkan api daripada memusnahkan sepenuhnya dua buah rumah terakhir (no. 43 dan 41) yang mengalami kerosakkkan 50 peratus.

Katanya lagi, anggota bomba juga berjaya mengalihkan dua buah kereta daripada terbakar namun sebuah motosikal tidak dapt diselematkan.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.04 pagi.

“Nilai kerugian dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran JPBM Negeri Sarawak.” jelasnya.

Agensi lain yang turut terlibat dalam operasi itu termasuk 9 anggota PDRM , lima anggota Bomba Pelabuhan Bintulu dan empat kakitangan Sarawak Energy.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan