Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
will smith chris rock
will smith chris rock

Will Smith tampar Chris Rock di atas pentas Anugerah Oscars 2022

ByYazid Ibrahim

Foto : Reuters

LOS ANGELES, 28 Mac : Pelakon Terbaik Oscars 2022, Will Smith menampar muka pelawak, Chris Rock yang sedang melakukan persembahan di atas pentas Anugerah Oscars pada Ahad.

Will Smith berbuat demikian ketika Chris membuat lawak jenaka mengenai penampilan isterinya menghadiri anugerah tersebut yang mana rambut isterinya botak seperti pelakon dalam filem “G.I Jane”.

Smith yang telah dicalonkan bagi kategori pelakon terbaik untuk filem “King Richard” dalam Anugerah Oscar tersebut telah naik ke pentas dan menampar pelawak tersebut ketika sedang berjenaka.

Sementara itu, suasana ketika itu menjadi suram seketika apabila Smith kembali ke tempat duduk dan berkata, “Jauhkan nama isteri saya daripada mulut jahat kamu,” katanya sambil tersenyum.

Will kemudian ditenangkan rakan pelakon Denzel Washington dan perkara tersebut dimaklumkan Will semasa ucapannya selepas menerima anugerah pelakon terbaik -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan