Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
13 rumah panjang bakal nikmati bekalan air bersih pada Ogos depan

Sebanyak 13 rumah panjang bakal nikmati bekalan air bersih pada Ogos 2022

SARIKEI, 28 Mac: Sebanyak 13 buah rumah panjang bakal menikmati bekalan air bersih apabila projek bernilai RM8.5 juta yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak untuk penduduk di kawasan itu dijangka siap sepenuhnya pada Ogos depan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar,Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek itu dilaksanakan di bawah Program Grid Bekalan Air Sarawak.

Menurutnya, projek berkenaan berdepan sedikit kelewatan berikutan pelbagai kengkangan antaranya, kekurangan simen serta pengubahsuaian reka bentuk semasa projek dijalankan.

“Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian langkah proaktif  kerajaan dalam memastikan bekalan sumber air mencukupi,” katanya ketika ditemui media.

Antara rumah panjang yang bakal mendapat manfaat daripada projek itu termasuklah ialah Rumah Tiga, Rumah Jully, Duyau, Adut, Jambing,  Nila, Gerinching, Engkasan, Gani, Usay dan Merupie.

Beliau menambah, kerja pemasangan paip telah siap sepenuhnya dan hanya kerja pembinaan tangki bertingkat tinggi dan pam penggalak untuk dipasangkan.

“Saya berterima kasih kepada agensi pelaksana yang cukup komited dalam memastikan projek ini berjalan lancar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan