Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Raja Permaisuri Agong tiba di Kuching untuk lawatan rasmi

KUCHING, 28 Mac : Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira – kira pukul 12 tengah hari tadi untuk memulakan lawatan rasmi baginda di Sarawak.

Ketibaan Tunku Azizah disambut oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Turut menyambut ketibaan baginda ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Undang – undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri – Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Mengikut jadual, Raja Permaisuri Agong berkenan untuk melawat Galeri Songket dan Keringkam dan seterusnya merasmikan galeri berkenaan pada pukul 3 petang ini.

Seterusnya pada sebelah malam, Tunku Azizah akan menghadiri majlis santapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bersama tetamu – tetamu kenamaan negeri.

Pada esok, Raja Permaisuri Agong berkenaan melawat Kompleks Penjara Puncak Borneo. -TVS-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan