Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

NGO bergabung sumbang bantuan di Padawan

KUCHING, 28 Mac : Tiga badan bukan kerajaan bergabung menghulurkan bantuan kepada penduduk di empat buah kampung di skim penempatan Bengoh.

Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Insan Sarawak (PPIS), Manjeed Sidhu berkata program tersebut bertujuan untuk meringankan beban hampir 200 penduduk kampung dan sebagai usahaa membuka mata masyarakat tentang permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut.

Pada masa sama program tersebut dijalankan bersama persatuan Bulan Sabit Merah dan Lions Club Kuching.

“Program ini adalah kombinasi dari Persatuan Bulan Sabit Merah dan Lions Club yang mana ini adalah pertama dalam sejarah membawa tiga NGO untuk melaksanakan misi bantuan di satu tempat,”

“Kami juga pasti akan melaksanakan lebih banyak lagi program bersama bagi menyampaikan kerja berkumpulan sangat penting bila melakukan kerja sosial di bandar dan luar bandar,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Ketua Kampung Rejoi, Tim Tawen berterima kasih kepada Badan NGO yang terlibat dalam memberi bantuan pada program tersebut.

“Saya sebagai Ketua Kampung sangat gembira kerana ada pihak NGO yang memberi bantuan walaupun sedikit sebanyak,” katanya.

Program misi kemanusian tersebut yang bermula pada jam 10 pagi tersebut dihadiri lebih 25 sukarelawan manakala kampung yang terlibat menerima sumbangan adalah Kampung Semban, Kampung Pain-Bojong, Kampung Rejoi dan juga Kampung Garung-TVS

Tags: #bm, NGO

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan