Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bazar Ramadan Lingga bantu peniaga jana pendapatan

Foto : Bernama

KUCHING, 28 Mac : Bersempena sambutan Ramadan, sebanyak 110 tapak peniaga bazar Ramadan dibuka di perkarangan tempat letak kenderaan Bangunan Komersial BME Hotel, Sri Aman bermula 3 April ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata penganjuran tersebut adalah untuk membantu dan membuka peluang kepada peniaga-peniaga kecil bagi menjana pendapatan.

“Bazar tersebut juga akan dibuka sebanyak 110 tapak yang mana 95 tapak untuk jualan makanan dan minuman, 10 tapak lagi jualan makanan berpanggang manakala lima tapak lagi untuk jualan beraneka barang.

“Setakat semalam pihak kami hanya menerima 56 peniaga sahaja.”katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Tambahnya terdapat tawaran harga istimewa diberikan bagi membantu peniaga-peniaga yang ingin berniaga dengan memberi pengurangan harga sewa tapak dari RM100 kepada RM80 sahaja dan ia telah diluluskan oleh Majlis Daerah Sri Aman.

“Pihak kami juga membantu peniaga-peniaga yang ingin berniaga di bazar dengan memberi pengurangan sewa tapak dari RM100 kepada RM80 ringgit sahaja,” katanya.

Sementara itu, beliau juga telah memberi kursus pengendalian makanan secara percuma dan memberi suntikan Anti Tifoid secara percuma kepada penjaja dan pekerja yang berniaga di bazar Ramadan.

“Selain dari pengurangan sewaan tapak, pihak kami juga memberi secara percuma kursus pengendalian makanan dan suntikan Anti Tifoid kepada semua penjaja yang mendaftar untuk berniaga di bazar Ramadan nanti,” katanya lagi.

Jelasnya, pembukaan bazar Ramadan pada tahun ini adalah satu inisiatif dan kerjasama daripada Majlis Daerah Sri Aman dan seluruh pengurusan yang telah diserahkan kepada Pusat Khidmat ADUN.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan