Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak tubuh Portfolio Pembangunan Keusahawan Muda

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 27 Mac : Kerajaan negeri mengorak langkah untuk memacu sektor keusahawanan di kalangan generasi muda Sarawak dengan mewujudkan Portfolio Pembangunan Keusahawanan Muda.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, portfolio berkenaan bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan muda yang baharu terlibat dengan perniagaan.

Ujar Abdul Karim, beliau percaya kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersedia untuk menjadi pemudah cara sekiranya persatuan berkaitan perniagaan di kalangan generasi muda berhasrat untuk melaksanakan program-program keusahawanan di Kuching atau kawasan lain di seluruh Sarawak.

“Pihak kami (kerajaan) dapat menyalurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban terutamanya membabitkan kos penganjuran program.

“Saya faham sekiranya menganjurkan aktiviti seperti jualan bundle ini, usahawan dan penganjur memerlukan peralatan seperti khemah besar yang mana belanjanya agak tinggi, di sini kerajaan dapat bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Meow City Bundle Fest di Samariang di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Karim yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak sewaktu berucap turut menasihati golongan muda supaya tidak terlibat dalam aktiviti tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan