Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek kesejahteraan rakyat di Tanjung Manis disambung

Foto : GPS Tanjung Manis

KUCHING, 27 Mac : Pelaksanaan projek – projek kesejahteraan rakyat di kawasan Parlimen Tanjung Manis yang sebelum terpaksa ditangguhkan akibat COVID-19 kini disambung semula.

Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab berkata, projek yang sedang dilaksanakan di kawasan itu ketika ini merangkumi projek kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.

Katanya, antara projek di bawah kerajaan negeri yang disambung termasuklah yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan juga pentadbir di beberapa buah rumah panjang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelbagai agensi pelaksana yang membantu dan memastikan projek – projek yang disambung ini berjalan lancar dan seterusnya memanfaatkan penduduk setempat,”katanya.

Beliau berkata demikain kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Tanjung Manis semalam.

Berhubung projek Kerajaan Persekutuan, Yusuf berkata, beliau mendapati projek-projek berkenaan diselenggarakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri.

“Saya berharap agar projek yang tertangguh ini dapat disiapkan pada tahun ini,” katanya.

Pada masa sama, Yusuf berkata, beliau optimis lebih banyak projek akan dilaksanakan di kawasan itu bagi memastikan Tanjung Manis tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Saya juga menjangkakan pada tahun ini untuk mendapatkan peruntukan projek-projek pembangunan yang lain supaya dapat membantu masyarakat di kampung dan rumah panjang menikmati pembangunan fizikal yang diperlukan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan