Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Las lancar pelan anti rasuah organisasi, pergiat usaha budayakan integriti

Lembaga Air Sibu lancar pelan anti rasuah

SIBU, 27 Mac : Lembaga Air Sibu (SWB) melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) sebagai usaha memupuk budaya integriti di kalangan setiap warga kerjanya.

Pelancaran OACP disempurnakan oleh Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi sempena Majlis Jamuan Tahunan SWB 2022 semalam.

Jualihi ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, budaya integriti amat penting dalam usaha memacu Sarawak ke arah menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi serta menjelang 2030.

“Semua perniagaan yang berjaya sebenarnya dibina bersandarkan kualiti seperti kejujuran, integriti dan kepercayaan.

“Ia mampu memberi kesan kepada prestasi organisasi sekiranya berlaku penurunan produktiviti kesan dari hubungan yang terjejas kerana tiadanya integriti dan kepercayaan,” katanya.

Julaihi pada masa sama turut mengucapkan tahniah kepada SWB kerana telah berjaya melancarkan OACP.

“Pada masa sama, saya berharap agar setiap warga kerja SWB dapat menerapkan amalan integriti,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan