Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jangan jadi tali barut seludup PATI - KPD Lubok Antu
Jangan jadi tali barut seludup PATI - KPD Lubok Antu

Jangan jadi tali barut seludup PATI – KPD Lubok Antu

LUBOK ANTU, 27 Mac : ‘Jangan jadi tali barut seludup pendatang asing tanpa izin (PATI)’.

Itu pesanan disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan (DSP) Victor Ripon kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah itu sempena sambutan Hari Polis Ke-215 kelmarin.

Ujar Victor, berdasarkan statistik, Pekan Lubok Antu yang terletak tidak jauh dari sempadan Sarawak dengan Kalimantan, Indonesia sering ‘dicemari’ dengan kes penyeludupan PATI.

“Faktor ini telah mengundang pelbagai cabaran dan risiko kepada pasukan polis yang sering terdedah kepada dugaan yang mungkin menyebabkan mereka terjerumus dengan aktiviti pemerdagangan manusia.

“Namun demikian,saya yakin anggota dan pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berintegriti,”katanya.

Dedah beliau, sejak Disember tahun lepas, dua kes telah disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Sehingga 25 Mac tahun ini pula, terdapat lima kes telah dibuka kertas siasatan,”katanya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, antara fokus utama IPD berkenaan pada tahun ini adalah untuk lebih agresif dalam memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan