Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Goh Sze Fei – Nur Izzudin mara final Terbuka Switzerland 2022

Foto : Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

KUALA LUMPUR, 27 Mac : Pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya menempah tiket ke pusingan akhir Kejohanan Terbuka Switzerland 2022 di Basel. 

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di St Jakobshalle awal pagi tadi, Sze Fei-Nur Izzuddin membenam beregu Indonesia Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yakob Rambitan 21-18, 21-18.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di St Jakobshalle awal pagi tadi, Sze Fei-Nur Izzuddin membenam beregu Indonesia Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yakob Rambitan 21-18, 21-18.

 Kedua-dua pasangan saling mengejar mata sehingga terikat 14-14 sebelum pasangan beregu negara yang menjadi pilihan kelapan kejohanan melengkapkan kemenangan bersih 21-18 di set kedua. 

Sze Fei-Nur Izzuddin dijadual bertemu beregu pilihan keempat kejohanan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia di pentas akhir yang akan berlangsung 11 pagi waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia) hari ini. 

Sementara itu, pasangan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut beraksi di perlawanan akhir dan akan membuat perhitungan bersama pasangan Mark Lamsfuss-Isabel Lohau dari Jerman.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan