Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wanita rugi RM25,000 disamun dua lelaki bermotosikal

KUALA LUMPUR, 26 Mac : Seorang wanita warga emas kerugian RM25 000 setelah menjadi mangsa samun oleh dua lelaki dalam kejadian di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pagi tadi.

Video kejadian itu yang dipercayai dirakam oleh jiran mangsa turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, aksi dalam video itu menunjukkan suspek telah menarik dua utas rantai leher dan memotong dua utas gelang tangan mangsa dengan menggunakan gunting pemotong.

“Mangsa mengalami kecederaan luka di tangan manakala suspek melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna hitam yang mempunyai nombor pendaftaran palsu,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, usaha mengesan suspek kini giat dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan