Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua bekas ADUN DAP umum sertai Parti Warisan Sabah
Dua bekas ADUN DAP umum sertai Parti Warisan Sabah

Dua bekas ADUN DAP Sabah umum sertai Warisan

Foto : Ammierul Mukminin (TVS Sabah)

KOTA KINABALU, 26 Mac : Setelah hampir tiga bulan bergerak sebagai wakil rakyat bebas, dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Wong Yung Bin dan Calvin Chong Ket Kiun hari ini mengumumkan mereka menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

ADUN Sri Tanjong, Wong Yung Bin dan ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiet turut disertai bekas Senator DAP, Adrian Lasimbang berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka yakin terhadap keupayaan Warisan untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah.

Yung Bin berkata, sebelum ini beliau meninggalkan DAP yang sudah disertainya selama 14 tahun kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu.

“Setelah keluar DAP pada Januari lepas, saya menerima maklum balas daripada penyokong di kawasan saya bahawa parti tempatan merupakan tempat yang sesuai untuk meneruskan perjuangan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Warisan Sabah di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Calvin Chong Ket Kiet dan Adrian Lasimbang.

Yung Bin yang menyertai DAP pada 2008 ketika berusia 17 tahun berkata, parti pembangkang sentiasa menjadi pilihannya kerana beliau dipilih sebagai wakil rakyat pembangkang sebelum ini.

Sehubungan itu Yung Bin berkata, beliau percaya Mohd. Shafie merupakan pemimpin yang sesuai untuk membimbing perjalanan politiknya.

Sementara itu, Calvin Chong pula berkata, keputusan menyertai Warisan ialah kerana prinsip parti itu yang konsisten memperjuangkan hak Sabah , senada dengan aspirasi politiknya.

” Sebelum ini saya dikatakan akan sertai parti kerajaan negeri namun keputusan hari ini membuktikan tuduhan pihak – pihak berkenaan tidak benar,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, beliau mengalu-alukan ‘kehadiran’ dua wakil rakyat itu menyertai partinya.

“Mereka juga menyatakan bahawa landasan untuk mmemperjuangkan hak rakyat amat penting dalam arena politik.

“Kini, sudah terbukti sokongan rakyat terhadap DAP telah mula merosot,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan