Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Remaja putus tiga jari akibat mercun di Kelantan
Siasatan awal polis mendapati lelaki berumur 42 tahun yang maut dipercayai akibat dipukul selepas kejadian langgar lari di Semenyih Selasa lepas, positif dadah jenis ganja dan methamphetamin, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Anggota polis maut, gagal elak lori rosak

SEPANG, 27 Mac : Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut, selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak sebuah lori yang diparkir di tepi jalan di Jalan Kota Warisan-Dengkil di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang , Asisten Komisioner (ACP) Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu, mengakibatkan Koperal Mohd. Hazziq Bohari, 35, yang bertugas di Cawangan Pengangkutan IPD Sepang itu, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati Mohd. Hazziq yang dalam perjalanan pulang selepas habis bertugas, menuju ke Dengkil dari arah Kota Warisan. Ketika dalam perjalanan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135, gagal mengelak sebuah lori di tepi jalan yang dipercayai rosak.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya dan dilanggar oleh seorang penunggang motosikal lain jenis Honda EX5, yang melalui laluan sama,” katanya dalam kenyataan semalam.

Wan Kamarul Azran berkata, Mohd. Hazziq meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Katanya, penunggang motosikal berusia 34 tahun yang melanggar mangsa mengalami kecederaan di bahagian mulut dan hidung, manakala pemandu lori iaitu lelaki berusia 53 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Penunggang motosikal yang cedera iaitu seorang lelaki yang merupakan penghantar makanan e-hailing dibawa ke Hospital Putrajaya, untuk menerima rawatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan