Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Thailand setuju buka sempadan Wang Kelian dan Bukit Kayu Hitam
Thailand setuju buka sempadan Wang Kelian dan Bukit Kayu Hitam

Thailand setuju buka pintu sempadan Wang Kelian dan Bukit Kayu Hitam – Ismail Sabri

Kredit gambar: PMO

KANGAR, 25 Mac: Thailand bersetuju untuk membuka pintu sempadan daratnya dengan Malaysia iaitu di Wang Kelian, Perlis dan Bukit Kayu Hitam, Kedah mulai 1 April ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu merupakan berita gembira khususnya bagi penduduk di kedua-dua negeri berkenaan.

Beliau berkata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga telah diminta untuk berbincang dengan Kerajaan Thailand supaya membenarkan pembukaan segera pintu sempadan di Padang Besar, Perlis dan kawasan lain di utara tanah air.

Semalam Ismail Sabri mengumumkan pembukaan sepenuhnya pintu sempadan darat Malaysia-Singapura yang digunakan oleh para pekerja yang berulang alik secara harian bermula 1 April ini.

“Pembukaan sempadan ini akan mempermudahkan mereka untuk bekerja dan SOP (prosedur operasi standard) yang kita kenakan juga adalah longgar iaitu tiada lagi kuarantin dan tidak perlu menjalani ujian PCR atau RTK pada waktu prapelepasan dan ketibaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perlis 2022 di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata langkah itu akan menyumbang kepada pemulihan negara yang memberi impak positif ke atas kelestarian ekonomi dan kesejahteraan kehidupan Keluarga Malaysia.

Beliau berharap SOP yang dilaksanakan di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura di Johor itu dapat juga dilaksanakan di pintu-pintu masuk di sempadan Malaysia-Thailand di utara tanah air. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan