Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SMA menang anugerah inovasi di China
SMA menang anugerah inovasi di China

Sistem Operasi Bandar Pintar Sarawak menang Anugerah Inovasi Ekonomi Digital di China

ByFebbright James

KUCHING, 25 Mac: Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) meraih pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa apabila muncul pemenang tempat pertama pada Pertandingan Anugerah Inovasi Ekonomi Digital 10+3 (ASEAN + China, Jepun dan Republik Korea Selatan).

Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak berkata, SMA membawa pulang anugerah itu menerusi penyertaan projek Sistem Operasi Bandar Pintar Sarawak.

“Anugerah berkenaan disampaikan pada 8 Disember tahun lepas ketika Forum Inovasi Ekonomi Digital 10+3 (ASEAN + China, Jepun dan Korea Selatan) berlangsung di Yunnan, China,” katanya.

Terdahulu, Zaidi hadir menyampaikan anugerah yang dimenangi SMA itu kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan