Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hari Polis IPK Sarawak
Hari Polis IPK Sarawak

Sarawak catat peningkatan dua kategori jenayah suku pertama 2022

ByNur Suhaida Muliyono

Foto : Polis Sarawak

KUCHING, 25 Mac : Sarawak merekodkan peningkatan kes jenayah komersial dan narkotik bermula 1 Januari hingga 19 Mac lalu berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, kes kemalangan jalan raya turut mencatatkan pertambahan 553 kes iaitu sebanyak 3,462 berbanding 2,909 pada tahun lalu.

Jelas beliau, di sebalik peningkatan kes tiga kategori itu, jenayah indeks di kontinjen ini telah mencatatkan penurunan sebanyak 188 kes iaitu daripada 987 pada tahun lepas kepada 799 tahun ini.

“Data menunjukkan penurunan sebanyak 19 peratus namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak akan terus berusaha untuk mengurangkan kadar indeks kes tersebut dengan pelbagai pelan dan operasi yang telah dirancang dengan teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Berhubung peningkatan kes komersial pula, Mancha memberitahu, bagi tahun ini terdapat peningkatan sebanyak 126 kes atau 27.45 peratus iaitu menjadi 585 kes berbanding 459 pada tahun lepas.

“Kerugian jenayah komersial bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM16.5 juta bagi 2022 berbanding RM12.8 juta pada 2021,” katanya.

Sebanyak 215 tangkapan atau 375 orang termasuk kes-kes tahun sebelum ini telah dituduh di mahkamah yang melibatkan 330 kertas siasatan,”katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, tangkapan bagi kes narkotik pula terbahagi kepada dua kategori iaitu tangkapan kategori bekalan (pengedar dadah) dan tangkapan kategori memiliki.

“Bagi tangkapan kategori bekalan (pengedar dadah), kita dapat lihat trend peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lalu, di mana sebanyak 161 tangkapan direkodkan pada Januari hingga Mac 2022 berbanding 139 tangkapan pada tempoh tersebut tahun 2021.

“Manakala bagi tangkapan kategori memiliki pula, turut menunjukkan peningkatan sebanyak 28.14 peratus menjadikan 428 tangkapan berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 334 tangkapan,” ujarnya.

Katanya, nilai rampasan dadah turut meningkat kepada RM6.3 juta tahun ini berbanding RM3.2 juta pada tahun lepas,”katanya.

Berhubung tindakan oleh Bahagian Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik pula, beliau memberitahu jumlah operasi dilakukan meningkat kepada 178 operasi berbanding hanya 159 operasi pada tahun lalu.

Daripada operasi yang dilaksanakan itu, sebanyak 18,654 saman telah dikeluarkan pada 2022 berbanding 8,534 saman pada tahun lalu.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10,120 saman atau 118.6 peratus,” ujar Mancha.

Beliau berharap PDRM Kontinjen Sarawak akan terus mengekalkan momentum cemerlang itu sehingga akhir tahun ini bagi memberi impak terbaik dalam pencapaiannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan