Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Perak rampas dadah bernilai lebih RM4 juta
Polis Perak rampas dadah bernilai lebih RM4 juta

Sindiket edar dadah tumpas, RM4.5 juta dadah dirampas

Kredit gambar: Polis Perak

IPOH, 24 Mac: Polis Perak menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah membabitkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM4.5 juta dalam lapan serbuan berasingan di sekitar negeri ini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata serbuan yang dijalankan antara pukul 11.10 pagi dan 5.30 petang itu membawa kepada penahanan lapan lelaki tempatan berusia lingkungan 32 hingga 37 tahun yang dipercayai ahli sindiket berkenaan.

“Hasil serbuan antaranya di rumah dan kenderaan berjaya merampas pelbagai jenis dadah termasuk syabu, heroin dan ketamin yang dianggarkan boleh digunakan seramai 620,025 penagih dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata modus operandi sindiket itu yang mula aktif sejak pertengahan tahun lepas, adalah membawa masuk bekalan dadah dari pantai timur untuk pasaran tempatan di negeri ini.

Katanya turut disita aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM212,712 melibatkan wang tunai, barangan kemas dan lima kenderaan pelbagai jenis.

Menurut Mior Faridalathrash saringan awal ke atas kesemua suspek mendapati mereka negatif dadah, namun lima daripadanya mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman tujuh hari bermula Selasa lepas bagi membantu siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan