Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak rancang Zon Industri Akuakultur di Rambungan

KUCHING, 24 Mac: Kerajaan Sarawak merancang untuk membangunkan Zon Industri Akuakultur (ZIA) di Loba Stoh, Rambungan yang akan memfokuskan kegiatan penternakan udang.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ini kerana Rambungan sangat berpotensi untuk dimajukan sebagai zon penternakan udang berskala mega berdasarkan lokasi strategiknya yang terletak hanya satu jam perjalanan dari pusat bandar.

“Kementerian akan terus komited untuk meneruskan agenda ini yang selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak yang mahu menjadi pengeksport makanan utama.

“Ini termasuk menjana pendapatan sebanyak RM1 bilion melalui penternakan udang menjelang 2030,” katanya.

Terdahulu, Stephen Rundi melawat kolam ternakan udang Sea Horse Coporation di Taman Akuakultur Loba Stoh, Lundu, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, kementerian juga mahu meningkatkan keluasan kawasan ternakan udang komersial di Sarawak kepada tujuh ribu hektar.

“Ketika ini kita hanya mempunyai keluasan kolam ternakan udang seluas 300 hektar, jauh lebih kecil berbanding di Sabah dan Perak yang mempunyai seribu hektar keluasan,” katanya.

Ke arah itu, beliau berharap syarikat-syarikat tempatan dapat berkongsi kepakaran termasuk teknologi baharu untuk membangunkan industri berkenaan di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan