Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pekerja kebun sayur didakwa bunuh kembarnya

BANTING, 24 Mac: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pasangan kembarnya, di Kampung Bukit Cheeding, dekat sini, pada 11 Mac lepas.

Pekerja kebun sayur, B.Velukumar, 37, dilihat mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Velukumar didakwa membunuh B. Velakumar di tepi Jalan Sri Cheeding, Kampung Bukit Cheeding, Banting, Kuala Langat antara 4 hingga 5 petang, 11 Mac lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 26 Mei depan untuk serahan laporan bedah siasat dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 12 Mac lepas, media melaporkan polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam mati pasangan kembarnya di rumah sewa mereka di Kampung Seri Cheeding, dekat sini.

Lelaki itu ditahan selepas dia dibawa oleh majikan si mati ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Kuala Langat pada 10.45 malam hari yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan