Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kedai emas rugi RM5,000 disamun lelaki bermotosikal

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Sebuah kedai emas di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas disamun seorang lelaki petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam kejadian pukul 2.47 petang, suspek didapati menggunakan sebuah motosikal jenis Honda Dash berwarna biru.

“Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati suspek menggunakan batang besi untuk memecahkan meja pameran kaca dan melarikan barang kemas yang dipamerkan di situ,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, terdapat dua pekerja berada di premis berkenaan.

Beliau memberitahu, siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan