Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cubaan seludup masuk rokok putih bernilai RM6.79 juta termasuk cukai berjaya dipatahkan

Kastam Bintulu gagalkan cubaan seludup masuk rokok putih bernilai RM6.79 juta

BINTULU, 24 Mac: Cubaan menyeludup masuk rokok putih bernilai RM6.79 juta termasuk cukai berjaya dipatahkan dalam operasi khas yang dilancarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bintulu pada 14 Mac lalu. 

Pengarah Kastam Sarawak, Mohd. Nadzri Ariffin berkata, kesemua rokok itu ditemui dalam sebuah kontena milik kapal asing yang berlabuh di Pelabuhan Bintulu kira-kira pukul 7.45 malam.

Ujar beliau, siasatan mendapati kontena berkenaan tiba di Bintulu dari China melalui pemindahan dari Vietnam.

“Pemeriksaan ke atas kontena telah menemukan sebanyak 7,920,000 batang rokok dengan anggaran nilai RM1,425,600 yang melibatkan anggaran cukai sebanyak RM5,369,760,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati kesemua rokok tersebut tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa selain tidak mempunyai setem cukai JKDM.

Katanya, modus operasi sindiket berkenaan ialah dengan menyeludup masuk barangan belum lulus Kastam dan membuat pengikraran palsu melalui Daftar Muatan Pemindahan dari Pelabuhan Ho Chi Minh, Vietnam ke Pelabuhan Bintulu.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan