Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
9,000 benih anak ketam nipah dilepaskan di Lundu
9,000 benih anak ketam nipah dilepaskan di Lundu

9,000 ekor anak benih ketam nipah dilepaskan di Sungai Sampadi

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

LUNDU, 24 Mac : Sebanyak 9,000 ekor anak ketam nipah dilepaskan di Sungai Sampadi, Lundu sempena program perlepasan benih yang berlangsung serentak di seluruh negara.

Timbalan Pengarah, Jabatan Perikanan Sarawak, Liza Long berkata, perlepasan anak benih berkenaan di kawasan itu merupakan antara usaha untuk meningkatkan jaminan bekalan makanan di Sarawak.

Katanya, Sungai Sampadi sesuai dijadikan tempat pelepasan benih ketam nipah kerana memiliki ekosistem paya bakau yang sesuai sebagai habitat spesies itu.

“Inisiatif ini juga bertujuan untuk membantu nelayan yang menangkap ketam menambah pendapatan mereka.

“Setakat ini, berdasarkan pelbagai jenis peralatan yang digunakan untuk menangkap ketam, purata pendapatan yang diraih oleh nelayan ialah sekitar RM5,000 hingga RM6,000 sebulan,” katanya.

Pelepasan benih ketam nipah di perairan umum Sungai Sampadi, Lundu mampu menjana pendapatan nelayan
Pelepasan benih ketam nipah di perairan umum Sungai Sampadi, Lundu mampu menjana pendapatan nelayan Kredit: Ahmad Nasrullah/TVS

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Program Pelepasan Benih Ketam Nipah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Lundu, Gustain Durani.

Di peringkat kebangsaan pula, program sama dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Tasik Putrajaya.

Menurut Ronald menerusi kenyataan media, sebanyak 1.85 juta ekor benih bernilai RM900 000 dilepaskan di perairan umum negeri yang dipilih bagi tujuan menambah stok perikanan.

Dalam perkembangan sama, Liza berkata, Sarawak mencatatkan peningkatan ketara jumlah operator penangkapan ketam menggunakan peralatan bubu lipat.

“Pada 2019, hanya sebanyak 17 buah sahaja namun sehingga tahun lepas, ia telah meningkat hampir 89 peratus menjadi 32 buah,” katanya.

Sementara itu, Gustian berkata, perlepasan benih ketam nipah di kawasan berkenaan adalah kali pertama kerana sebelum ini mereka melepaskan benih ikan siakap dan udang harimau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan