BETONG, 24 Mac: Seramai 30 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah ini dianugerahkan bintang dan pingat kebesaran APM Malaysia sempena Majlis Hari Ulang Tahun ke-70 pasukan itu hari ini.
Pegawai Pertahanan APM Daerah Betong, Desem Samuel berkata, sambutan pada hari ini juga menyaksikan seramai 18 anggotanya telah menerima kenaikan Lain Lain Pangkat (LLP).
Bagaimanapun katanya, seorang anggota tidak dapat hadir kerana menjalani kuarantin.
“Selain itu, seramai 15 anggota APM Betong turut menerima pingat Am Pertahanan Awam manakala seramai 15 yang lain menerima Sijil Penghargaan Penugasan COVID-19 2021,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.
Sempena sambutan hari ulang tahun itu, difahamkan seramai 1,178 anggota APM di seluruh negara dianugerahkan bintang dan pingat kebesaran pasukan. – TVS