Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Askar maut ditikam isteri
Askar maut ditikam isteri

Tiada unsur khianat, jenayah dalam kebakaran di IPD Sepang

SEPANG, 23 Mac: Kebakaran di tingkat satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang membabitkan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan pejabat Pegawai Penyiasat Kanan (S.I.O) semalam, tiada unsur khianat dan jenayah.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata perkara berkenaan disahkan Bahagian Siasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang diketuai Penguasa Kanan II Azlan Rahmat yang selesai melakukan siasatan di lokasi sehingga pukul 10.30 malam, semalam.

Kejadian kebakaran di tingkat satu IPD Sepang dilaporkan berlaku pada kira-kira 6 petang semalam, sebelum berjaya dipadamkan pihak bomba 40 minit kemudian. Insiden kebakaran itu turut tular di media sosial.

Menurutnya, kebakaran disyaki berpunca dari pejabat pentadbiran BSJ dan seterusnya merebak ke pejabat bersebelahan iaitu pejabat S.I.O serta bilik mesyuarat BSJ.

“Tiada kertas siasatan yang terbakar,” kata Wan Kamarul Azran ketika dihubungi Bernama hari ini.

Siasatan kebakaran di IPD Sepang itu turut disertai 21 anggota dan unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang berada lokasi sejak 8.30 malam.

Wan Kamarul Azran berkata pemeriksaan awal mendapati hampir keseluruhan pejabat di BSJ mengalami kerosakan akibat kebakaran tersebut.

Kerosakan lain yang dikenal pasti adalah seperti gangguan talian Internet kerana kabel fiber optik turut terbakar, katanya. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan