Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 23 Mac : Projek pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Awat- Awat, yang baharu di Lawas dijangka akan siap sepenuhnya hujung bulan ini.
KUCHING, 23 Mac : Projek pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Awat- Awat, yang baharu di Lawas dijangka akan siap sepenuhnya hujung bulan ini.

SK Awat-Awat baharu siap hujung bulan ini

KUCHING, 23 Mac: Projek pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Awat-Awat yang baharu di Lawas dijangka akan siap sepenuhnya hujung bulan ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, projek itu dijangka akan dapat menampung kapasiti murid seramai hampir 300 orang.

Katanya, ia juga akan memberi kemudahan pendidikan yang lebih selesa kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Kementerian Pendidikan dijangka akan menyerahkan bangunan sekolah ini kepada pihak berkuasa tempatan selewat-lewatnya pada April ini.

“Ketika ini seramai 210 murid darjah satu hingga enam dan 60 orang kanak-kanak sedang mengikuti pembelajaran peringkat tadika di bangunan sekolah sedia ada,” katanya.

Katanya, projek berkenaan juga melibatkan pembinaan bangunan asrama untuk murid lelaki dan perempuan selain menambah baik beberapa kemudahan untuk keselesaan warga sekolah.

“Antaranya termasuk pembinaan lapan unit rumah guru dan lain-lain,” katanya.

Pada masa sama, Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bukit Sari berkata, beliau turut mencadangkan pembinaan sebuah taman hijau bagi membolehkan murid menunjukkan kreativiti mereka melalui aktiviti landskap. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan