Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pusat penyembelihan perlu patuh SOP sebelum dibenarkan beroperasi

BySalasiah Safian

KUCHING, 23 Mac: Pusat penyembelihan babi berlesen di Sibu diminta mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan sebelum dibenarkan beroperasi semula pada Isnin depan.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, protokol itu melibatkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta pelaksanaan kerja-kerja sanitasi di tempat masing-masing.

“Pembukaan pusat penyembelihan ini bergantung kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Sibu dan juga Jabatan Veterinar Sarawak.

“Oleh itu, semua proses disinfeksi, sanitasi dan serta perkara-perkara seperti permit, haruslah diselesaikan semuanya,” katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan beberapa pihak agar Kerajaan Sarawak membenarkan semula operasi di ladang penyembelihan babi di negeri ini yang telah diarahkan ditutup berikutan penularan wabak Demam Babi Afrika (ASF).

Katanya, sekiranya semua syarat ditetapkan dipatuhi, operasi di pusat – pusat penyembelihan terlibat akan dibenarkan beroperasi pada tarikh berkenaan.

“Kerajaan memahami wabak itu telah menyebabkan pemilik ladang mengalami kerugian besar,” katanya.

Sehubungan itu katanya Pihak Berkuasa Tempatan ingin memudahkan pembukaan semula pusat penyembelihan dengan menyediakan garis panduan demi kebaikan semua pihak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan