Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Cheras
Ketua Polis Daerah Cheras

Pengawal keselamatan bunuh, bakar wanita dituduh hari ini 

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Suspek utama kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar yang mengesahkan perkara itu berkata pertuduhan ke atas pengawal keselamatan lelaki yang berusia 34 tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

“Suspek yang masih bujang mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan cabul dan samun,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata pihaknya telah mengambil keterangan 37 individu termasuk pengawal keselamatan itu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Pada 12 Mac lepas, media melaporkan seorang wanita yang bekerja sebagai penyelia kedai buku ditemukan rentung disyaki dibunuh dan dibakar di dalam bilik bengkel sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan