Kredit gambar: Majlis Daerah Lundu
KUCHING, 23 Mac: Sarawak hari ini merekodkan 1,252 jangkitan baharu COVID-19, sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 291,459 sejak dilanda pandemik.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Daerah Kuching masih merekodkan kes baharu tertinggi, iaitu sebanyak 408 kes, diikuti Miri (202) dan Bintulu dengan 130 kes.
“Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 1,247 kes berada dalam kategori klinikal satu dan dua manakala lima kes dalam kategori tiga, empat dan lima,” jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.
Sementara itu, Sarawak juga mencatatkan tiga kes kematian yang melibatkan seorang lelaki berusia 50 tahun di Sibu yang tidak mempunyai sejarah penyakit diketahui.
Dua lagi kematian pula melibatkan lelaki lelaki berusia 78 dan 79 tahun di Kuching yang mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia dan jenazah mereka dibawa ke Hospital Lundu.
Tiada kluster baharu dikesan pada hari ini. – TVS