Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 23 Mac: Hasrat Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan martabat bahasa Melayu di peringkat ASEAN wajar disokong oleh rakyat negara ini.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Zuraini Seruji berkata, beliau bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu menjadikan bahasa berkenaan sebagai bahasa kedua di rantau ini yang mempunyai lebih 600 juta penduduk.

Katanya, usaha murni itu akan memartabatkan bahasa ibunda itu di peringkat antarabangsa.

“Banyak faktor yang memberi kelebihan untuk menjayakan hasrat berkenaan kerana penggunaan bahasa Melayu semakin meluas selain lebih mudah dituturkan berbanding bahasa lain,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri yang akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

Asas kepada itu menurut Ismail Sabri ialah kerana selain Malaysia, beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina serta di sebahagian Kemboja turut menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.  

Mengulas lanjut, Zuraini berkata, sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun dan mempunyai jati diri yang tinggi, kita wajar menyokong usaha berkenaan dengan sepenuh hati serta melibatkan kerangka yang lebih meluas.

“Bahasa Melayu mempunyai fungsi sebagai alat penyatuan dan perpaduan.

“Saya turut berharap agar ia dapat dijadikan sebagai bahasa ilmu secara menyeluruh,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan