Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BINTULU, 22 Mac (Bernama) -- Sarawak akan melaksanakan pembinaan laluan Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Bintulu dalam masa lima tahun ini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
BINTULU, 22 Mac (Bernama) -- Sarawak akan melaksanakan pembinaan laluan Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Bintulu dalam masa lima tahun ini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak bakal bina ART di Bintulu

BINTULU, 22 Mac : Kerajaan Sarawak merancang untuk membina Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) bagi menghubungkan bandar ini dengan Tanjung Kidurong.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain untuk memberi sokongan kepada kawasan berkenaan yang disasarkan sebagai hab pengeluaran produk petrokimia dan perubatan, sistem ART juga akan memanfaatkan industri pelancongan di kawasan sekitar terutamanya Taman Negara Similaju.

Katanya, pembinaan berkenaan kelak akan menjadikan Bintulu sebagai tempat kedua di Sarawak yang mempunyai kemudahan ART.

“Dengan meningkatnya aktiviti di Tanjung Kidurong, kawasan berkenaan akan dipermodenkan dengan pembinaan laluan ART untuk memudahkan dan melicinkan pergerakan antara bandar dan pusat industri di Kidurong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Lembaga Kemajuan Bintulu di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari yakin projek berkenaan yang dirancang dalam tempoh lima tahun akan terus memacu pertumbuhan Bintulu serta selari dengan pembangunan industri di Tanjung Kidurong yang dijangka akan menyediakan sekitar 15,000 peluang pekerjaan.

Sementara itu, beliau berkata, potensi yang sedang ‘muncul’ di bandar itu menunjukkan hasil kesungguhan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berterusan merancang dan melaksanakan pembangunan negeri.

“GPS dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini telah meneruskan kesinambungan kepimpinan yang lepas , berdasarkan perancangan yang teliti dan berpandangan jauh,” katanya.

Abang Johari seterusnya berkata, rakyat telah memberi mandat yang kuat kepada kerajaan GPS kerana yakin dengan kemampuan kerajaan ini untuk membawa pembangunan di Sarawak dengan cara yang tersusun dan teratur. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan