Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
24 dikompaun ingkar SOP PPN di Sibu
24 dikompaun ingkar SOP PPN di Sibu

Dikompaun RM1,000 , ‘lepak’ kedai kopi tanpa imbas MySejahtera

SIBU, 22 Mac : Gara – gara tidak mengimbas kod MySejahtera sebelum ‘melepak’ di sebuah kedai kopi di sini, seramai 10 individu dikompaun RM1,000 setiap seorang dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Dr Collin Babat berkata, dalam operasi pada malam tadi, seramai 14 individu lain turut dikenakan tindakan sama.

Katanya, kesemua yang dikesan melakukan kesalahan itu merupakan warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 46 tahun termasuk lima wanita.

“Pemeriksaan di lokasi pertama iaitu di sebuah kedai kopi di Jalan Bako pada pukul 10.40 malam, polis mendapati 10 individu tidak mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki ke premis itu,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi seterusnya di sebuah lagi kedai kopi di Sibujaya pada pukul 11.50 malam, seramai 14 pelanggan lelaki juga gagal mengimbas kod berkenaan selain tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Katanya, kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021.

“Operasi pematuhan SOP akan terus dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bagi memastikan orang ramai tidak alpa dengan peraturan ditetapkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan