Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19 : Satu kematian di Bintulu direkodkan hari ini

KUCHING, 22 Mac : Pada hari ini Sarawak merekodkan 1,547 kes baharu COVID-19 untuk meningkatkan jumlah kumulatif kes kepada 290,207 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daerah Kuching masih merekodkan kes baharu tertinggi, iaitu sebanyak 599 kes, diikuti daerah Bintulu dengan 191 kes, dan daerah Miri 128 kes.

“Daripada 40 buah daerah, hanya satu daerah sahaja merekodkan sifar kes postif COVID-19, iaitu Tanjung Manis,” ia menjelaskan menerusi kenyataan media.

Selain itu, JPBN Sarawak juga mengesahkan satu kematian yang dicatatkan pada hari ini, iaitu seorang lelaki berusia 62 tahun di daerah Bintulu, yang mempunyai penyakit darah tinggi.

Bagaimanapun, tiada pertambahan kluster baharu dan kluster tamat dilaporkan pada hari ini.-TVS

Tags: #bm, COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan