Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Persiap generasi muda ke arah transformasi teknologi

KUCHING, 21 Mac : Masyarakat di Gedong disaran untuk terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dalam mengangkat nama kawasan itu ke tahap yang lebih tinggi.

Timbalan Ketua Cawangan PBB Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais berkata, ini penting bagi memastikan rakyat Gedong menikmati limpahan serta kesinambungan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Dalam usaha merancang pembangunan fizikal, penghasilan modal insan juga memainkan peranan yang seimbang terutama pemerkasaan golongan belia dalam bidang ekonomi digital.

“Ini bukan sahaja menggambarkan minat generasi muda dalam pembangunan politik tetapi minat untuk menyumbang kepada pembangunan belia di DUN Gedong,” katanya.

Tambahnya peredaran zaman ke arah ekonomi masa depan melalui teknologi digital sering ditekankan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Justeru beliau menggesa supaya para belia khususnya generasi muda menggunakan peluang tersebut untuk membangunkan diri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan